Hajah Noraini telah berkecimpung dalam bidang masakan ini sejak 12 tahun yang lalu. Kini telah membuka pusat masakan beliau sendiri yang diberi nama ANIZ BAKING CENTRE di Subang Bestari, Seksyen U5, Shah Alam Selangor. Pusat ini menganjurkan pelbagai jenis kursus masakan kepada kaum wanita atau lelaki yang berminat. Disamping itu beliau menjadi penulis buku masakan dan telah menghasilkan 5 buah buku masakan. Turut menyumbang artikel dan resipi untuk majalah SAJI, KELUARGA, NUR dan lain-lain. Berhasrat menyebarkan ilmu masakan kepada orang ramai melalui kursus dan penerbitan buku-buku masakan yang berkualiti supaya dapat mengembangkan dan memajukan industri masakan di kalangan Bumiputera.